Tarikh :
19 Januari 2016 (Selasa)
Tempat :
Dewan Terbuka SMK Jati
SEJARAH PENUBUHAN RK
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah memberi kepercayaan kepada Sekolah Menengah Jati untuk melaksanakan Program Kelas Rancangan Khas (RK) bermula 12 Januari 2003 dengan kelas tingkatan 1 Elit seramai 32 orang pelajar.
Kelas Rancangan Khas (RK) adalah kelas yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang UPSR yang tidak mendapat peluang untuk belajar di sekolah berasrama penuh. RK ini merupakan aset yang penting di Sekolah Menengah Jati.
OBJEKTIF
· Melahirkan 100% pelajar cemerlang (10A) dalam Pentaksiran PT3 & PBS.
· Mewujudkan kumpulan pelajar cemerlang dalam Kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
· Menghasilkan pelajar yang memiliki dan mengamalkan keperibadian tinggi dan mulia, semangat daya juang, jati diri dan setiakawan sepanjang masa.
· Menjadi ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain
ATUR CARA MAJLIS
07.45 PG : Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 RK
08.00 PG : Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
08.10 PG : Ucapan Pengetua SMK Jati
08.45 PG : Sesi Soal Jawab
09.00 PG : Majlis Bersurai