Monday, 17 April 2017

Kem Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Kinta Utara 2017

===
Pengalaman BERHARGA Pengakap JATI!
===
Tarikh 7 - 9 April 2017 menjadi titik sejarah buat 10 pelajar SMK Jati.
Mereka telah menyertai Kem Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah yang diadakan di SK Sri Jaya Batu Gajah.
Mereka juga telah menyertai pelbagai aktiviti dan kemahiran asas pengakap.
---
Antara kemahiran yang mereka pelajari adalah seperti:
1. Teknik penulisan buku log (Individu)
2. Model Projek Perintis (Individu)
3. Taraf Perkhemahan (Berpatrol)
4. Temuduga (Individu)
5. Ikatan dan Simpulan (Individu)
6. Masakan Rimba (Individu)
---
Kami pihak sekolah sangat berbangga dengan kumpulan Pengakap yang terdiri daripada 10 pelajar ini.
Diharapkan, segala ilmu dan pengalaman yang mereka timba mampu memberi kesan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga orang lain.























No comments:

Post a Comment