Sunday, 21 February 2016

Majllis Pelancaran 1BestariNet Frog VLE

Pengenalan

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012 - 2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016 - 2020) pula mempercepatkan penambahbaikkan sistem; dan gelombang 3; (2021 - 2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Oleh itu, projek 1BestariNet telah dilaksanakan oleh KPM mulai tahun 2011. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (FROG VLE) yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

Tarikh  :  15 Feb 2016
Masa  :  7.30 pg - 8.10 pg
Tempat  :  Dewan Jati Bestari











No comments:

Post a Comment