Sunday, 21 February 2016

Pelancaran Program NILAM & Minggu PSS SMK Jati 2016

Pengenalan

NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah secara rasminya pada 1999.

Tarikh:
1 Februari 2016 (Isnin)

Masa:
7.30 pagi

Tempat:
Dewan Jati Bestari













No comments:

Post a Comment